Polis Bodoh @ Polis Pekak @ Polis Kurang Ajar?

Saturday, January 17, 2009

Utk mengetahui dgn lbh lanjut..korg kne bace artikel pnuh ini ---> malaysiakini.com
basically citenye..lg polis geledah bilik student..tp bile mintak waran die ckp polis boleh geledah alaupun xde waran! bangang! aku blaja law lar wei! even org xblaja law pun tau fundamental liberties diorg! *Sigh*! bodohnye..dah lar pakai bju biasa jer pulak tuh..xpki uniform..(but pki uniform is x a must..) tp of coz lar menambahkan lg tanda tny kat kpla bile ko xpki uniform, xde waran, xnaik kete polis pon..???

Lg isu plhnraya UM..

Friday, January 16, 2009

Rumah aktivis pro-Mahasiswa UM digeledah polis
Abdul Rahim Sabri | Jan 16, 09 11:09am

Rumah aktivis pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah digeledah oleh polis malam tadi, dipercayai berhubung laporan polis Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris, menafikan dakwaan beliau mengeluarkan surat menawarkan kepada seorang calon untuk bertanding bagi pihak universiti.

Selasa lalu, calon berkenaan - Shah Rizul Ayuni Zulkiply - membuat laporan polis di balai polis Pantai, berhubung surat tersebut yang turut disertai wang tunai RM100. Surat ini mempunyai tandatangan Dr Azarae.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang aktivis terbabit, Hasbie Muda berkata kira-kira 20 anggota polis, tujuh daripadanya berpakaian biasa, tiba kira-kira jam 10.30 malam tadi untuk menggeledah rumah mereka di Seksyen 12 Petaling Jaya.

Anggota polis berkenaan tiba dengan menaiki dua buah van polis, sebuah kereta peronda dan empat buah kereta biasa.

Katanya, kira-kira 35 orang aktivis pro-Mahasiswa, termasuk beberapa pimpinan pelajar berada di situ untuk mengecat dan menyiapkan kain rentang untuk tujuan berkempen dalam pilihanraya kampus yang dijadual berlangsung Isnin depan.

"Ketika sibuk mengecat dan menyiapkan kain rentang, mereka menyedari kehadiran polis," kata Hasbie yang juga mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi lepas.

Katanya, empat anggota polis berpakaian biasa memasuki dan menggeledah rumah tersebut.

Operasi itu mengambil masa selama satu setengah jam dan polis merampas dua komputer riba milik dua mahasiswi yang berada di rumah tersebut. Tiada tangkapan dibuat.

Berikutan itu, mereka sedang berbincang untuk mengadakan tindakan selanjutnya.

Hasbie mendakwa, pihak polis tidak menunjukkan sebarang waran untuk memasuki rumah mereka.

Lagi bodoh punye polis..mana boleh nak masuk rumah org takde waran..ko pulak nk kne tgkp ke trespass umah org..sdgkan nak soal siasat pun kne ade waran, nih kan lg nak masuk umah org, siap rampas harta benda...

Bangkai babi dlm msjd API UM?

pig head in UM








Pelajar UM gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

^Taken from Malaysiakini.com^

Xtau ape nk jd dgn umat manusia skrg. Kalau tndkn di atas tindakan seorg Muslim, ltk bgkai babi semata-mata krn prsn dgki dan busuk hati, rasa saya mmg layak dihukum pancung je. Kurg ajar btul menghina rumah Allah..

Kalau tindakan tersebut tindakan seseorg bkn b'agama Islam, maka anda mencari musuh dgn umat Muhammad!

Entah syaitan apa yg dah merasuk, marah dan busuk hati smpi bangkai babi yang dipenggal kplanya, sggp diangkut dgn b'drh2, berat, m'bzr duit pulak tuh nak kne bli, d ltk pulak dlm rumah ibadat org Islam. Sdgkan Rasulullah sdiri apabila b'prg, melarang tentera2nya dr merobohkan apa2 shj rumah ibadat, baik rumah ibadat Muslim mahupun bukan, baik masjid, mahupun kuil, tokong atau gereja!

Motif tidak dpt dipastikan. Walaupun t'dpt tulisan PMI (persatuan mahasiswa Islam) dan PAS, mgkn sbnrnya penjenayah terkutuk t'sbt ade motif lain yg diselindungkan. Maklumlah, byk kontroversi melanda UM skrg. Kontroversi yg jika saya nyatakan disini, mgkn akan disalah tafsir sstgh pihak, lalu saya pula yg dikecam. Isu jadi semakin b'larutan, makin rumit, mslh tak juga slsi2.

Inilah mslh UM dr tahun pertama saya m'jejakkan kaki hinggalah ke tahun 3 kini. Setiap kali plhn raya kampus, ade je bende2 yg xsdp d dgr..smlm, sebuah bilik tgkt 8 Blok D KK12 UM disembur dgn spray, ditampal kata ugutan2..saya sdiri melihatnya dr gambar yg diambil seorang teman. Bilik tersebut bkn lah bilik seorg calon pro-krjn, mahupun pro-pmbgkg, wlupun bilik seorg pro-pmbgkg berada b'dktn c2..tidak dpt dipastikan jika t'dpt bilik calon pro-krjn..Spt biasa, tuduh menuduh tnpa sbrg bukti timbul dr ke 2-2 pihak. Dlm hal ini, saya tidak menyebelahi sesiapa krn tidak ada bukti lgsg! Tambahan kjdn b'laku sebelum jam 10 mlm pun..rmi org blm tido..

Ttp tak dpt dilupakan, apabila sye berada di dlm brsn JTK (Jawatankuasa Tindakan Kolej-student committee) KK12 UM thn lps..sewaktu plhn raya kampus thn lps, bbrp pljr kls atasan (dr klgn JTK) yg membuat undi hantu. Memangkah utk calon krjn. Org yg same mengundi lbh dr skali. Bkn menuduh, tp mula2 seorg teman memberitahu, tp ptg bbrp hr kmdn, slh seorg dr pengundi hantu t'sbt dgn bgganya m'buat pengakuan pd saya dan bbrp org teman di cafe kolej. "*** (nama seorg bdk hantu lain) smlm undi 5x..aku sdiri undi 3x) Dah lar buat slh, xmalu pulak mengaku..Dia xtau aku ni pantang bende2 corrupt mcm ni. xtau apa nk jd dgn mahasiswa skrg. Persoalannya, mcm mane bdk2 hantu ni bole mengundi byk kali? Xkn lar byk kali pengundi hantu ni kluar masuk, pljr b'pgkt atas pula tuh, seorg pun kakitgn b'tgs xprsn? Apa jd dgn senarai nama pengundi? Ada keraguan wjd disitu (tidak membuat fitnah..ttp m'brikan p'soalan..)

Pada pendapat saya, pilihanraya kampus di UM byk mendatangkan mslh. Ttp tidak wajar pula dihapuskan. Sbb ini shj lar peluang para pljr mmilih wakil calon yg mrk p'caya (wlupun kebanyakan mrk memangkah m'babi buta..). Apa yg ptt dilakukan adlh memansuhkan sistem parti2 di dalam kampus (terutamanya UM). Tak payah ada Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali sbg Aspirasi, tp mayb sbb takut rmi org undi pro-mahasiswa, die pun tkr name ade Mahasiswa gak..), mahupun Pro-Mahasiswa mahupun parti BEBAS (yg slalunye t'diri dr plrj undang2). Penggerak dikatakan Pro-Krjn dan Pro-Mahasiwa dikatakan Pro-Pmbgkg. Penggerak juga dikatakan calon2 nya adlh calon2 tajaan HEP (tidak dpt saya pstkan.) Kan sng kalau xde parti..Semua org b'tndg atas nama sdiri. NAMA SENDIRI, BUKAN PARTI! Kalau nama Norman Shahedee Zainol Rashid, bertandinglah atas nama NORMAN SHAHEDEE ZAINOL RASHID, bkn atas nama mane2 parti. Jadi InsyaAllah tidak akan wjd p'gdhn atr parti mcm ni lg....

T'tny2 intelek mahasiswa universiti terbaik Malayisa berada di kelas brape?????

Adam Sandler in Bedtime Stories! Lol!

Tuesday, January 6, 2009

~b3dt1m3 stori3s~

Main Char: Adam Sandler
Rate: **** 1/2 (4 1/2 stars!!)
Best sbb ade:
~Adam Sandler
~kelakar gile..
~ade binatang yg comel b'mata bsr (yg juge klakar..)
~ade 2 bdk kcik yg comel..

Synopsis:

Hurm..xtau mcm mane nk ltk synopsis cite nih..coz i only rmmbr the funny part..lol! Adam Sandler b'lakon jd seorg pekerja am hotel (used to be his father's motel). Die b'saing ngan seorang mamat yang poyo+x brape hensem utk buat presentation for the concept of d new hotel opening soon. Sape yg bg konsep t'baek akn dpt jd pemilik @ manager hotel tuh lar..(sumthing like dat..). So, in the same time, he got to take care of his niece n nephew (anak kpd kakak die yg gi oversea). The amazing part started when he realised that everything said by his niece n nephew, during bedtime-story session b4 they sleep, will become true. Cthnye mase die (Adam Sandler) start cite (a fairy tale story) kat bdk 2 org nih..niece die tmbh kat cite 2 " i wanna sweets rain..full of sweets.." (biase lar bdk2 suke berangan..) esoknye, mase otw gi sumwhere, btul2 dlm kete die yg bukak rooftop, tetibe ade hjn gula2 byk gile..(sbnrnye lori gula2 yg t'tumpahkan gula2 dari flyover atas die tp die xtau..). so die jd taksub ngan cite2 bdk nih..so he tried to lead the kids' stories to make him as a hero and win the presentation. And guess wat cite yg anak2 buah die buat..yes..he gonna win the presentation but after that he'll get caught in a fire..haih..byk lg..so on the day he had to make the presentation die sgt b'ahti2 takut die t'bakar. presentation ----> he won. then ade party kat luar kotel. party tuh tema ala2 red indian. Party tuh jugak di buat b'sempena bday owner hotel tuh, so tetibe diorg bwk kek utk laki tuh. mase tuh Adam Sandler was actually talking to him. Mase tuh jugak ade laki pki red indian nye costume bwk api tiup2 lar cm red indian tuh..Adam Sandler dah nmpk lar mst laki tuh yg akn buat die t'bakar. And atas b'day kek tuh pon ade lilin. Tanpa b'pk pjg die amik alat pemadam kbkrn tuh n spray kat bos die. Bos die pon ape lg... "u got fired!" pastu die ckp "fired..fire..oh..so that's the connection..i see.." byk lg bende2 klakar dlm cite nih..it's a non-stop gelak punye..korg gi lar tgk..xkn ruginye!



Bodoh punye perempuan..

Monday, January 5, 2009

Bodoh punye perempuan,
Kenapa kau suke dgki dgn aku?
Aku ade ke buat kau sawan?
Atau aku sepak kau hingga ke awan?

Bodoh punye perempuan,
Kenapa kau xbole je bagi ape yg aku nak?
Kau igt kau ade kuase kau bole buat sesuke hati kau nak?
Kau cube bayangkan org buat mcm 2 dkt kau punye anak?
Kau nak ke xnk?

Bodoh punye perempuan..
Kau kan seorg yg bijak..
Jadi jgn buat perangai mcm katak..
Atau buat perangai mcm kanak2..
Atau mungkin kau seorang yang batak?

Bodoh punye perempuan..
Sebab aku sakit hati kat kau..
Aku dah buat puisi yang merepek meraban..
Yang pasti aku xkne sawan..
Bukan mcm kau..

p/s: sesape yg bace..jgn terase..puisi ini luahan rase..hanye utk die sahaje..tp aku tau xmgkn die akan bace..