Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Aku & Mrk yg B'gelar Wanita..(exclude transexual..)

Friday, November 28, 2008

Kata pujangga perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan ributnya menggusarkan..

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang (kat kucing je..)
adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan (aku slalu camni)
adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahunya. (aku juge slalu camni..)

Namun,
teman kembara dalam kehidu
pan yang sementara ini.
bahagia dan derita Adam sangat berkait dengan mereka Hawa.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,
amati suaranya,
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau e
mosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana isteri tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen
saintifik berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, ha
diahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan (if dah kawin je..)
semarakkan belaian.

Masih gag
al juga ? (korg nih mmg loser lar..)
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang......buat selamba
lambat laun, gelomba
ng akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada
prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang.... abang alpa "
bisikkan " Darling..
I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi.
..kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh
...
tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabot minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan si Adam buka
n Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi Hawa pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan Adam cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri , diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu pada anak-an
ak Adam
sudah takdir...permata yang dipilih perlu digilap semula.

Namun putus asa jan
gan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu b
ukan segala-galanya padamu isteri, istanamu, di hati ini
padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat keca
ntikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body (dasar lelaki keparat!)
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati
, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body' (akukah?eh..aku blm tawin ler..hee~)
kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, a
malkan puasa sunat (cm my mom slalu buat)
tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang m
emburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita
kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....

Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang diser
gahnya kita ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah k
ita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati, kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah..kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar deng
an isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu."

Dia yang membantu menjaga
makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perp
isahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku,si diamu (utk kaum Adam)
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri (bile Encik3 Adam dah ade Hawa di sisi..)
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri......

p/s: copied from sumwhere few yrs ago mende nih dlm pendrive aku..i really like it..so..sharing is caring rite?hehe~lgpun m'beri ckit idea buat kaum Adam d luar sane..

p/s: tp Encik Adam..igt lar ye..mak awk stil no 1 even awk dah tawin..syg mane pon kat wife tuh..mak tuh lg pntg!


Perlu x kahwin awal-di usia remaja?

Wednesday, November 12, 2008



Assalamualaikum sume..

Topik perbincangan hr nih-wajar x remaja kahwin di usia muda pd zaman skrg?

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Hadis di atas menerangkan tuntutan agama untuk berkahwin..untuk mengelakkan maksiat..menjga mata dan memelihara kemaluan. Remaja zaman skrg (t'msk lar diri aku nih) mmg t'dedah dgn perbuatan maksiat..especially those yg dah couple t'msk lar diri aku..bkn sng nak kuatkan iman dan pura2 x nampak dgn ape yg ade..ape yg b'laku sekitar kite..smpi aku sdiri pnh t'pk (actually smpi skrg pun t'pk) utk kawin..2 lar jln t'baik utk mengelakkan/membendung/mengawal dr perkara-perkara yg x spttnye berlaku. Hukum berkahwin t'bahagi kpd 4..jom kite tgk agak2nye remaja nih masuk kat kategori mane..

1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

So..tgk lar keadaan diri anda berada di kelompok yg mane..tp boleh ke alsn utk mengelak maksiat dan sggp utk b'khwn adlh ckup utk kite b'khwn? mcm mane dgn faktor kemampuan dr sudut kewangan? especially for guys..nak kne tampung bg wife mkn..hukum suami bg nafkah zahir batin kat isteri kan wjb scr umumnye..(nafkah batin tuh mst xde mslh kan? huhu~ =p ) tp mengikut ape yg aku pnh blaja lar..ustad ckp klu dlm keadaan cth mcm student nak kawin..boleh je jika isteri redha dan setuju bhw spjg suami msh blaja, suami tidak t'ikat utk bg nfkh sckpnye..ape yg lbh pntg adalah niat utk mengelakkan maksiat tuh..tp byk lar faktor lain perlu diamik kire..cthnye dah cukup matang x..b'sedia ke nak galas tanggung jwb..dan yg plg pntg adalah persetujuan dr is3 utk tidak menerima nafkah zahir..kalau x,xle lar..tp kan..walaupun cara ini dihalalkan..parents2 masih ssh & xnk bg anak mrk kawin pd usia muda especially bila blaja lg. Nih antara sbb yg aku bole pk:
  1. Syg anak dan xnk lpskan kat org lain dgn begitu mudah. Mst ibu bapa kurg percaya pd psgn anak tuh..takut anak akan kecewa 1 hr nnt..takut anak tanggung ksshn pd usia yg muda. Xnk anak menyesal dgn perkahwinan.
  2. Tak percaya pd anak. Sbb ibu ni lg mengenali anak sdiri. Ibu yg tlh mengandung kan 9 bln..melahirkan dan membesarkan smpi lar dah bsr pjg nih..dr xreti ckp smpi dah pndi melawan..Jadi hati ibu ni tau anak ni terlalu mengikut keinginan, nafsu..mudah terpengaruh..Terlampau taksub dgn cinta..
  3. Takut pandangan masyarakat. Takut org keliling mengata..nak kawin muda2 sgt ni nape..lg2 tgh blaja..dah kne tgkp bsh ke..dah buat bende x baik ke..kalau aku lar..nak watpe dgr kate org keliling..lgpun rmi gile org skrg kawin time blaja lg.kalau org tny ckp je "xsopan tgk anak tuh keluar b'2 dgn psgn die..sblm pape jd baik sye kawinkan..kang kalau dah jd pape nak buat ape pun xgune..org asik mengata.dah kawin kan berenti mulut org mengata.." btul x? sblm bende xbaik jd baiklah kawinkan je..bkn nk melepaskan tggjwb..tp bg anak yg dah matang..yg dah tau b'pk..lps kan lar kalau psgnnye tu insyaAllah b'akhlak..
  4. Rase tanggungjawab anak tak hbs. erm..ade jugak ibu bapa yg pk mcm ni..anak tuh blm pun keje..blm smpt pun b'bakti pd ibu bapa..jd mrk takut kalau anak ni kawin..mrk akan terus diabaikan..xsalah ibu bapa kita pk mcm 2..slh 1 tujuan kite hidup dkt muka bumi ni bknkah utk m'bls jasa dan pengorbanan ibu bapa? tp......itu juga tidak boleh dijdkan alsn oleh ibu bapa. Kne lar b'sikap terbuka dan optimistik kan..
  5. Anak belum cukup ilmu agama dan rumah tangga. Nak membentuk keluarga bkn skdr nikah dan hidup b'same..yg lelaki mampu x jd imam solat jemaah?yg prmpn b'sdia @ x m'dgr ckp suami? prmpn bila kawin suami jd lbh utama dr ibu. Tp utk lelaki..ibu msh lbh utama dr is3.
B'dsrkan bbrp alsn2 di atas..wajar@ tidak ibu bapa menyekat keinginan anak-anak utk kawin pd usia muda?pd waktu mrk masih belum tamat bljr?mcm mane pula dgn niat anak2 utk menghalalkan yg haram?niat utk menghindar dosa?keimanan stiap manusia 2 kan b'beza..boleh atau tidak anak remaja b'khwn pd usia muda..cube selami dan fahami perasaan seorg ibu dan ayah..dan cube pule ibu ayah tempatkan keadaan mereka dgn keadaan anak di zaman skrg..jgn sama kan dgn zaman dulu yg jarang sekali ade kes zina,rogol,tgkp bsh dan sbginya..tepuk dada tny lar iman..

p/s: jd mslh bila xde iman..akan jd tepuk dada tny selera-ikut nafsu.
: mgkn x kelonggaran ibu bapa utk bnr kan anak kawin awl akan kurgkan statistik remaja yg di tgkp bsh?

Fakta: spjg thn 1999-2003 seramai 30,978 yg menghasilkan anak luar nikah adalah org Islam dan sebahagian bsr dr mrk adalah golongan pljr IPT dan skolah mngh. Selangor menunjukkan jumlah tertinggi dgn 12,836. - sumber dr JAIS.

Kata Orang v Kata Atuk..Mane 1 plhn anda?

Tuesday, November 11, 2008

ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup
panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.

ATUK KATA ..... orang muda hidup memang baru
bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak
sacrifice, constant study ..... past year papers ..
etc .. etc .. etc ..

ATUK KATA ..... exams tu senang aje, dah ada
tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca
Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara, berpartylah
sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!

ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... successful people have a
good time management, ada bisnes di KL, New
York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak
selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

wallahu'alam..

3 soalan yg mgkn kita sdiri tidak tahu jwpnnya..

Seorang pemuda yang lama belajar di Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta orang tuanya untuk mencari seorang Guru Agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda : “Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?”

Guru Agama : “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.”

Pemuda : “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”

Guru Agama : “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan,

Pemuda : “Kenapa anda marah kepada saya?”.

Guru Agama : “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

Pemuda : “Saya sungguh-sungguh tidak faham”.

Guru Agama : “Bagaimana rasanya tamparan saya?”.

Pemuda : “Tentu saja saya merasakan sakit”.

Guru Agama : “Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”.

Pemuda itu mengangguk tanda percaya.

Guru Agama : “Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!”

Pemuda : “ Tak boleh..bagaimana aku ingin menunjukkan kesakitan!”.

Guru Agama : “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.”

Guru Agama bertanya lagi : “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”.

Pemuda : “Tidak”

Guru Agama : “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”

Pemuda : “Tidak”

Guru Agama : “Itulah yang dinamakan Takdir”

Guru Agama bertanya lagi : “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”.

Pemuda : “kulit”.

Guru Agama : “Pipi anda diperbuat dari apa?”

Pemuda : “ Kulit’’

Guru Agama : “Bagaimana rasanya tamparan saya?”.

Pemuda : “Sakit.”

Guru Agama : “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.”

P/s: Rasenye 3 soalan dan 1 jwpn di atas sgt b'makne utk kite semua t'msk lar sye..bile bace artikel nih rase sgt b'makne..dah jd trend skrg Islam hny pd nama..tp tidak pd penghayatan..iman senipis rambut..semoga Allah menguatkan lg keimanan kita..Ameen~