Aku & Mrk yg B'gelar Wanita..(exclude transexual..)

Friday, November 28, 2008

Kata pujangga perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan ributnya menggusarkan..

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang (kat kucing je..)
adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan (aku slalu camni)
adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahunya. (aku juge slalu camni..)

Namun,
teman kembara dalam kehidu
pan yang sementara ini.
bahagia dan derita Adam sangat berkait dengan mereka Hawa.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,
amati suaranya,
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau e
mosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana isteri tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen
saintifik berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, ha
diahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan (if dah kawin je..)
semarakkan belaian.

Masih gag
al juga ? (korg nih mmg loser lar..)
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang......buat selamba
lambat laun, gelomba
ng akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada
prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang.... abang alpa "
bisikkan " Darling..
I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi.
..kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh
...
tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabot minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan si Adam buka
n Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi Hawa pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan Adam cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri , diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu pada anak-an
ak Adam
sudah takdir...permata yang dipilih perlu digilap semula.

Namun putus asa jan
gan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu b
ukan segala-galanya padamu isteri, istanamu, di hati ini
padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat keca
ntikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body (dasar lelaki keparat!)
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati
, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body' (akukah?eh..aku blm tawin ler..hee~)
kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, a
malkan puasa sunat (cm my mom slalu buat)
tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang m
emburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita
kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....

Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang diser
gahnya kita ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah k
ita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati, kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah..kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar deng
an isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu."

Dia yang membantu menjaga
makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perp
isahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku,si diamu (utk kaum Adam)
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri (bile Encik3 Adam dah ade Hawa di sisi..)
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri......

p/s: copied from sumwhere few yrs ago mende nih dlm pendrive aku..i really like it..so..sharing is caring rite?hehe~lgpun m'beri ckit idea buat kaum Adam d luar sane..

p/s: tp Encik Adam..igt lar ye..mak awk stil no 1 even awk dah tawin..syg mane pon kat wife tuh..mak tuh lg pntg!


0 comments: