Aku bersyukur sekali lagi hari ini..
Kerana Allah izinkan aku melalui 1 lagi hari untuk kehidupan..
Kehidupan yg penuh bermakna..
Kehidupan yang penuh warna warni..
Aku bersyukur hari ini..
Kerana mempunyai seorang teman di sisi..
Yang sentiasa menyayangi, memahami serta menghargai..
Juga yang sentiasa mengingatkan, walaupun kadangkala dia juga terleka..
Aku bersyukur atas cinta ini..
Aku bersyukur hari ini..
Kerana aku punya pancaindera yang sempurna..
Aku boleh berjalan melihat dunia..
Menikmati keindahan alam, dan kadangkala aku terleka dengan keindahan duniawi..
Aku bersyukur hari ini..
Kerana aku hidup tanpa sebarang kerisauan..
Tanpa sebarang peperangan..
Dengan seluruh keluarga yang berada bersama..
Tak perlu risau atau gentar..
Aku bersyukur hari ini..
Aku mampu belajar..
Aku mampu tertawa..
Aku mampu tersenyum..
Aku mampu berkata-kata..
Aku mampu marah..
Aku mampu menyatakan rasa tidak puas hati..
Dan,
Aku punyai Tuhan yang satu..
Aku punyai satu pegangan..
Aku punyai keluarga..
Aku punyai teman..
Aku punyai cinta yang ikhlas..
Dan aku amat bersyukur..
Hari ini aku masih hidup..
Aku masih tegak berdiri mendirikan solat..
Aku masih kuat mengangkat tangan berdoa..
Meminta, mengadu, dan memuji ke atas Ilahi..
Bahawa aku punyai satu hari lagi bertaubat..
Untuk beramal ibadat..
Untuk memadam dosa-dosa lalu..
Untuk bersyukur atas nikmatnya..
Dan untuk menghargai segala yang ku miliki..
Aku bersyukur sekali lagi..
Aku bersyukur sekali lagi...
Saturday, January 31, 2009Posted by missyfaie at 6:47 AM
Labels: Reminder from Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment