Pelajar UM gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.
Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.
Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.
Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.
Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.
Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.
Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.
"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.
Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.
Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.
Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.
Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.
Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.
Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.
Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.
Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.
Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.
Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.
"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.
^Taken from Malaysiakini.com^Xtau ape nk jd dgn umat manusia skrg. Kalau tndkn di atas tindakan seorg Muslim, ltk bgkai babi semata-mata krn prsn dgki dan busuk hati, rasa saya mmg layak dihukum pancung je. Kurg ajar btul menghina rumah Allah..
Kalau tindakan tersebut tindakan seseorg bkn b'agama Islam, maka anda mencari musuh dgn umat Muhammad!
Entah syaitan apa yg dah merasuk, marah dan busuk hati smpi bangkai babi yang dipenggal kplanya, sggp diangkut dgn b'drh2, berat, m'bzr duit pulak tuh nak kne bli, d ltk pulak dlm rumah ibadat org Islam. Sdgkan Rasulullah sdiri apabila b'prg, melarang tentera2nya dr merobohkan apa2 shj rumah ibadat, baik rumah ibadat Muslim mahupun bukan, baik masjid, mahupun kuil, tokong atau gereja!
Motif tidak dpt dipastikan. Walaupun t'dpt tulisan PMI (persatuan mahasiswa Islam) dan PAS, mgkn sbnrnya penjenayah terkutuk t'sbt ade motif lain yg diselindungkan. Maklumlah, byk kontroversi melanda UM skrg. Kontroversi yg jika saya nyatakan disini, mgkn akan disalah tafsir sstgh pihak, lalu saya pula yg dikecam. Isu jadi semakin b'larutan, makin rumit, mslh tak juga slsi2.
Inilah mslh UM dr tahun pertama saya m'jejakkan kaki hinggalah ke tahun 3 kini. Setiap kali plhn raya kampus, ade je bende2 yg xsdp d dgr..smlm, sebuah bilik tgkt 8 Blok D KK12 UM disembur dgn spray, ditampal kata ugutan2..saya sdiri melihatnya dr gambar yg diambil seorang teman. Bilik tersebut bkn lah bilik seorg calon pro-krjn, mahupun pro-pmbgkg, wlupun bilik seorg pro-pmbgkg berada b'dktn c2..tidak dpt dipastikan jika t'dpt bilik calon pro-krjn..Spt biasa, tuduh menuduh tnpa sbrg bukti timbul dr ke 2-2 pihak. Dlm hal ini, saya tidak menyebelahi sesiapa krn tidak ada bukti lgsg! Tambahan kjdn b'laku sebelum jam 10 mlm pun..rmi org blm tido..
Ttp tak dpt dilupakan, apabila sye berada di dlm brsn JTK (Jawatankuasa Tindakan Kolej-student committee) KK12 UM thn lps..sewaktu plhn raya kampus thn lps, bbrp pljr kls atasan (dr klgn JTK) yg membuat undi hantu. Memangkah utk calon krjn. Org yg same mengundi lbh dr skali. Bkn menuduh, tp mula2 seorg teman memberitahu, tp ptg bbrp hr kmdn, slh seorg dr pengundi hantu t'sbt dgn bgganya m'buat pengakuan pd saya dan bbrp org teman di cafe kolej. "*** (nama seorg bdk hantu lain) smlm undi 5x..aku sdiri undi 3x) Dah lar buat slh, xmalu pulak mengaku..Dia xtau aku ni pantang bende2 corrupt mcm ni. xtau apa nk jd dgn mahasiswa skrg. Persoalannya, mcm mane bdk2 hantu ni bole mengundi byk kali? Xkn lar byk kali pengundi hantu ni kluar masuk, pljr b'pgkt atas pula tuh, seorg pun kakitgn b'tgs xprsn? Apa jd dgn senarai nama pengundi? Ada keraguan wjd disitu (tidak membuat fitnah..ttp m'brikan p'soalan..)
Pada pendapat saya, pilihanraya kampus di UM byk mendatangkan mslh. Ttp tidak wajar pula dihapuskan. Sbb ini shj lar peluang para pljr mmilih wakil calon yg mrk p'caya (wlupun kebanyakan mrk memangkah m'babi buta..). Apa yg ptt dilakukan adlh memansuhkan sistem parti2 di dalam kampus (terutamanya UM). Tak payah ada Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali sbg Aspirasi, tp mayb sbb takut rmi org undi pro-mahasiswa, die pun tkr name ade Mahasiswa gak..), mahupun Pro-Mahasiswa mahupun parti BEBAS (yg slalunye t'diri dr plrj undang2). Penggerak dikatakan Pro-Krjn dan Pro-Mahasiwa dikatakan Pro-Pmbgkg. Penggerak juga dikatakan calon2 nya adlh calon2 tajaan HEP (tidak dpt saya pstkan.) Kan sng kalau xde parti..Semua org b'tndg atas nama sdiri. NAMA SENDIRI, BUKAN PARTI! Kalau nama Norman Shahedee Zainol Rashid, bertandinglah atas nama NORMAN SHAHEDEE ZAINOL RASHID, bkn atas nama mane2 parti. Jadi InsyaAllah tidak akan wjd p'gdhn atr parti mcm ni lg....
T'tny2 intelek mahasiswa universiti terbaik Malayisa berada di kelas brape?????
2 comments:
haih.. tiap2 hari baca kebodohan orang buat kerja yang hanya mampu dibuat orang gila ni. Dia x terasa bodoh ke letak babi tuh. Aku baca pon terasa kesian ngan orang yang buat tuh.
Manusia akhir zaman nih dah sama ngan zaman jahiliyah dulu.
btul2..nak cetuskan kontroversi..pergaduhan antara agama @ kaum pulak ke..coz i dun think a Muslim did dat..as i said b4 lar, there's another issue yg bru b'laku yg aku xle mention here..
Post a Comment